SL,TP dan PIPS dalam Forex Trading
Diposting oleh
Oklyn

SL iaitu singkatan bagi StopLoss.Dalam arti kata lain,bermaksud Tahap
menentukan Kerugian Trading yang kita lakukan.Ianya bermaksud arahan yang
bertindak untuk menutupi posisi 'trading' semasa secara automatik yaitu
apabila posisi pasaran semasa mengalami kerugian dan mencapai sasaran
StopLoss yang telah kita tetapkan.SL adalah penting kerana bagi
meminimakan kerugian yang dialami.
Kemudian, apa itu TP? TP yaitu Take profit.Ianya arahan yang bertindak
untuk menutupi posisi trading semasa secara automatik apabila posisi pasaran
semasa mendapat keuntungan dan mencapai sasaran yang telah kita tetapkan.
Adalah sangat penting untuk menetapkan arahan TP untuk setiap posisi
trading kita.Ini adalah salah satu fungsi yang membolehkan kita memaksimakan
keuntungan.
Manakala Pips pula ialah satu unit bagi mewakili perbezaan terkecil antara
dua pasangan matawang yang diperdagangkan.Sebagai contoh,ketika kita memilih
arahan Beli pada pasangan matawang Euro berbanding US Dollar (EUR/USD),
ia berada pada kedudukan 1.2500.Beberapa minit kemudian harga EURO/USD naik
ke paras 1.2510.Pada ketika ini nilai Pips = 1.2510-1.2500 = +10pips.
Nilai positif akan mewakili situasi dalam keadaan untung dimana kita pilih
Beli dan harga naik.Tetapi jika keadaan sebaliknya iaitu harga pasaran turun
ke paras 1.2490,nilai pips = 1.2490-1.2500 = -10pips.Nilai negatif ini akan
mewakili situasi dalam keadaan kerugian.